Bengkel Pengukuhan Frog VLE bagi guru-guru SMK (P) Bukit Kuda, Klang telah diadakan pada 12 November sehingga 14 November 2014.
Bengkel ini telah diadakan dalam 6 sesi. Setiap sesi terdiri daripada 10-15 orang guru sahaja bagi mengekalkan kelajuan capaian.
Bengkel ini telah diadakan dalam 6 sesi. Setiap sesi terdiri daripada 10-15 orang guru sahaja bagi mengekalkan kelajuan capaian.
Jurulatih yang bertindak sebagai pengajar ialah:
- Pn. Nurulwahida bt Mohamad Zuki
- Pn. Murnizah bt Mokhtaruddin
Bengkel ini diadakan bertujuan:
- mengimbas kembali kemahiran menggunakan aplikasi Frog VLE di kalangan guru-guru
- mencapai sasaran KPM iaitu 100% guru log in Frog VLE dan 30 minit seminggu melayari aplikasi Frog
Antara kemahiran yang diajar dalam bengkel pada kali ini ialah:
- penggunaan widget Ab Text dan Media
- Membina jadual waktu persendirian dalam Dashboard masing-masing